Soalan Lazim

1. SOALAN: Bagaimanakah permohonan kemasukan ke ADTEC Shah Alam boleh dibuat?

Bagi Permohonan Kursus Sepenuh Masa: Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September. Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online) di Laman Web JTM (www.jtm.gov.my/online) bagi sesi kemasukan Januari dan di Laman Web UPU, Jabatan Pengajian Tinggi (upu.mohe.gov.my) bagi sesi kemasukan Januari atau Julai. Bagi permohonan melalui Laman Web UPU, pemohon dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui kaunter BSN.

Bagi Permohonan Kursus Separuh Masa: Penawaran kursus separuh masa dibuat mengikut jadual yang ditetapkan (Sila rujuk Senarai Kursus Jangka Pendek). Permohonan secara online.

 

2. SOALAN: Berapakah yuran pengajian bagi kursus sepenuh masa di ADTEC Shah Alam?

 

Yuran Pengajian:

i) Diploma : RM3000.00 setahun. (Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) boleh dipohon bagi yang layak)

ii) Lain-lain bayaran yang dikenakan semasa hari pendaftaran (anggaran RM400-RM500 tertakluk kepada institut)

 

3. SOALAN: Apakah kursus yang ditawarkan di ADTEC Shah Alam?

Berikut adalah kursus yang ditawar :

Terdapat sepuluh bidang kursus separuh masa yang ditawarkan iaitu :

a) Teknologi Pembuatan (Pemesinan)

b) Teknologi Kimpalan

c) Teknologi Jaminan Kualiti

d) Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara

e) Teknologi Elektronik

f) Teknologi Elektrik Kuasa

g) Teknologi Komputer (Sistem)

h) Teknologi Automasi dan Robotik

i) Teknologi Pengeluaran Automotif

j) Teknologi Penyelenggaraan Kapal Terbang.

 

4. SOALAN: Adakah bidang kemahiran yang dijalankan ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran?

Ya, semua kursus yang dijalankan di ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti latihan di ILJTM di mana terdapat penambahan terhadap subjek - subjek yang diajar supaya pelajar berkenaan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak.

 

5. SOALAN: Berapakah had umur untuk mengikuti latihan di ILJTM?

 

Kursus Separuh Masa:

JTM, pada dasarnya tidak menetapkan sebarang had umur untuk memboleh semua masyarakat untuk mengikuti latihan di ILJTM, sesuai dengan slogan pembelajaran sepanjang hayat.

 

Kursus Sepenuh Masa:

Namun demikian oleh kerana beberapa sebab tertentu seperti pemberian pinjaman dan sebagainya maka penetapan umur perlu di tetapkan iaitu antara 17 tahun hingga 35 tahun (bergantung kepada program yang ingin diikuti). Namun demikian, mereka yang tidak layak dengan had umur berkenaan masih boleh lagi mengikuti latihan dalam beberapa program seperti latihan jangka pendek yang ada ditawarkan di ILJTM.