DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBUATAN (PEMESINAN) (DKM TAHAP 4)

PERMOHONAN KEMASUKAN
PELAJAR TEMPATAN

 

 

 

PENGENALAN KURSUS

Kursus ini direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam merekabentuk, mengendali dan mengurus sistem dan peralatan yang digunakan dalam Teknologi Pembuatan. Ianya mengandungi duti‐duti yang merangkumi konteks yang luas bersesuaian dengan pembangunan industri terkini. Tempoh pembelajaran adalah selama 1 tahun 6 bulan.  Dalam tempoh masa ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan Rekabentuk dan Analisis Kejuruteraan, Pembuatan Berbantu Komputer,Kawalan Kuaiti dan Pengurusan Pembuatan.Pelajar akan menggunakan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari bagi menbangunkan Projek Tahun Akhir dan menjalani latihan industri dhujung semester latihan. Pelajar juga dikehendaki terlibat dengan aktiviti kokurikulum dan sukan. Pelajar akan dilatih agar boleh merekabentuk dan membangunkan atau mengubahsuai dan mempertingkatkan sistem atau peralatan yang digunapakai dalam industri proses dan pembuatan disamping mematuhi prosedur dan peraturan keselamatan yang ditetapkan.

 

KELAYAKAN MASUK:

i)   Calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun.

ii) Lulus SPM dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam salah satu bidang- bidang berikut :

  • H-013-3 / MC-032-3: Juruteknik CNC
  • H-014-3: Pemesin Kanan Am (Operasi Larik) atau
  • H-015-3: Pemesin Kanan Am (Kisar) atau
  • H-016-3: Pemesin (Operasi Canai) atau
  • MC-050-3: Pemesin Kanan atau
  • MC-050-3:2012/MC-050-3:2015: Operasi pemesinan

iii) Lulus temuduga yang dijalankan

iv) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

 

KAEDAH LATIHAN
Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori.


TEMPOH LATIHAN
1 tahun 6 bulan (3 semester)

 

PERSIJILAN
Diploma Teknologi Perindustrian dan Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 2,3,4)

 

PELUANG KERJAYA:
Graduan-graduan yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya serta bersedia untuk memasuki bidang yang berhubung-kait dengan bidang pemesinan logam. Prospek pekerjaan yang boleh diceburi adalah sebagai penolong jurutera di dalam industri kejuruteraan dan pembuatan atau penyelia operasi mesin di dalam bidang pemesinan logam.

 

PINJAMAN LATIHAN
Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).