DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PENGELUARAN AUTOMOTIF

 

PERMOHONAN KEMASUKAN
 PELAJAR TEMPATAN

PENGENALAN KURSUS:
Kursus Diploma Teknologi Kejuruteraan Pengeluaran Automotif ini memberi penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam kerja-kerja pemasangan kenderaan automotif. Para pelajar juga dilengkapkan dengan kemahiran pengurusan pengeluaran serta penyelenggaraan automasi di industri automotif serta aktiviti lain yang berkaitan standard dan prosedur yang ditetapkan.

Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam industri pemasangan kenderaan komersial. Antara subjek-subjek yang akan diajar ialah Principle of Automotive Production, Body Assembly  Technology, Manufacturing Automation System dan Environmental, Energy & Facility Optimization. Kursus ini juga telah mendapat perakuan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan telah mencapai standard jaminan kualiti yang telah ditetapkan serta mematuhi kerangka kelayakan Malaysia. 

 

KELAYAKAN MASUK:

i) Calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun.

ii) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf serta memenuhi syarat minimum berikut:

  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (SPM 2013 dan seterusnya)
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Kepujian Matematik/ Matematik Tambahan
  • Kepujian Sains/ Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik/ Kimia/ Teknikal /Vokasional
  • Mendapat satu kepujian dalam mana-mana mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris.

iii) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.


KAEDAH LATIHAN
Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori.

 

OBJEKTIF LATIHAN

  1. Melahirkan juruteknologi kejuruteraan yang berpengetahuan dan berkemahiran teknikal.
  2. Melahirkan juruteknologi kejuruteraan yang mempunyai etika kerja dan berdisiplin.
  3. Menyediakan kursus yang berkaitan dengan teknologi terkini.
  4. Membantu industri kecil dan sedehana kearah pembangunan lestari.

PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES (PEO)

Objektif program pembelajaran adalah untuk melahirkan Graduan Juruteknologi Kejuruteraan yang :

  1. Berpengetahuan dan berketerampilan teknikal serta berkebolehan menyelesaikan masalah dalam bidang teknologi kejuruteraan Pengeluaran Automotif secara inovatif dan kreatif selaras dengan kehendak industri.
  2. Berkomunikasi secara berkesan dan menunjukkan kualiti kepimpinan yang baik di dalam sesebuah organisasi.
  3. Mampu menunjukkan kemahiran keusahawanan dan menyedari keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan kerjaya yang berjaya.

 

PROGRAMME LEARNING OUTCOME (PLO)

Di akhir program, graduan Diploma Teknologi kejuruteraan Pengeluaran Automotif boleh:

PLO 1

memperoleh dan mengaplikasi pengetahuan sains dan asas kejuruteraan dalam bidang teknologi kejuruteraan Pengeluaran Automotif.

     

PLO 2

mengaplikasi kemahiran teknikal menerusi pengendalian peralatan, perisian dan sumber berkaitan dalam bidang teknologi kejuruteraan Pengeluaran Automotif.

     

PLO 3

mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah berkaitan teknologi kejuruteraan Pengeluaran Automotif.

     

PLO 4

berkomunikasi secara berkesan dalam kumpulan dan menunjukkan kualiti kepimpinan yang baik.

     

PLO 5

melaksanakan tanggungjawab sosial dengan mengambil kira impak amalan kejuruteraan dan keperluan pembangunan lestari.

     

PLO 6

mempamer pemahaman tentang etika professional, tanggungjawab dan norma amalan teknologi kejuruteraan.

     

PLO 7

mengenalpasti keperluan semasa, menguruskan maklumat dan mempamerkan minat berterusan dalam pembelajaran sepanjang hayat.

     

PLO 8

menunjukkan kesedaran terhadap pengurusan, amalan perniagaan dan keusahawanan.

     


TEMPOH LATIHAN
3 tahun


PERSIJILAN
Diploma Teknologi Kejuruteraan dan Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)


PELUANG KERJAYA:
Eksekutif Pemasangan Automotif atau Penolong Jurutera di dalam industri pembuatan automotif.


PINJAMAN LATIHAN
Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).