Hasil Program Pembelajaran (PLO)

 

  • Berkebolehan untuk memiliki dan mengaplikasikan pengetahuan asas sains dan kejuruteraan pengeluaran automotif dan bidang yang berkaitan.

 

  • Berkebolehan  untuk mengaplikasikan kecekapan teknikal dalam bidang kejuruteraan pengeluaran automotif dan bidang yang berkaitan.

 

  • Berkebolehan untuk mengenalpasti, merumus dan menyelesaikan masalah berkaitan kejuruteraan pengeluaran automotif.

 

  • Berkebolehan untuk merekabentuk dan menilai prestasi operasi dengan menggunakan kaedah bersesuaian

 

  • Berkebolehan untuk berkomunikasi secara efektif dalam kumpulan teknikal dan masyarakat.

 

  • Berkebolehan untuk berfungsi secara efektif sebagai individu dan sebagai ahli atau ketua dalam pelbagai pasukan teknikal.

 

  • Mengamalkan etika professional, tanggungjawab dan norma amalan teknologi kejuruteraan.

 

  • Kesedaran menjalani pembelajaran sepanjang hayat dan mempunyai visi keusahawanan.