DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (PEMESINAN)

PERMOHONAN KEMASUKAN

PELAJAR TEMPATAN

TAHAP (SKM): 4

  
PENGENALAN KURSUS:

Kursus ini direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam merekabentuk, mengendali dan mengurus sistem dan peralatan yang digunakan dalam Teknologi Pembuatan. Ianya mengandungi duti‐duti yang merangkumi konteks yang luas bersesuaian dengan pembangunan industri terkini.Tempoh pembelajaran adalah selama 3 tahun.  Dalam tempoh masa ini pelajar akan mempelajari perkara asas dan maju berkaitan Lukisan dan Rekabentuk Kejuruteraan, Penyelenggaraan Mesin, Penggunaan mesin jenis konvensional dan CNC melibatkan Mesin Kisar, Mesin Larik dan Mesin Canai,Penggunaan Mesin EDM Die Sinking dan Wire Cut. Selain daripada itu, pelajar juga akan mempelajari subjek penyeliaan,pengurusan dan subjek umum seperti Fizik,Aplikasi Komputer,Matematik,English dan Pendidikan Islam.Pelajar akan menggunakan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari bagi menbangunkan Projek Tahun Akhir dan menjalani latihan industri dhujung semester latihan. Pelajar juga dikehendaki terlibat dengan aktiviti kokurikulum dan sukan. Pelajar akan dilatih agar boleh merekabentuk dan membangunkan atau mengubahsuai dan mempertingkatkan sistem atau peralatan yang digunapakai dalam industri proses dan pembuatan disamping mematuhi prosedur dan peraturan keselamatan yang ditetapkan.

 

KELAYAKAN MASUK:

i) Warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun.

ii) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf serta memenuhi syarat minimum berikut:

  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (SPM 2013 dan seterusnya)
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Kepujian Matematik/ Matematik Tambahan
  • Kepujian Sains/ Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik/ Kimia/ Teknikal /Vokasional
  • Mendapat satu kepujian dalam mana-mana mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris.

iii) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

 

OBJEKTIF LATIHAN

  1. Melahirkan juruteknologi kejuruteraan yang berpengetahuan dan berkemahiran teknikal.
  2. Melahirkan juruteknologi kejuruteraan yang mempunyai etika kerja dan berdisiplin.
  3. Menyediakan kursus yang berkaitan dengan teknologi terkini.
  4. Membantu industri kecil dan sedehana kearah pembangunan lestari.

PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES (PEO)

Objektif program pembelajaran adalah untuk melahirkan Graduan Juruteknologi Kejuruteraan yang :

  1. Berpengetahuan dan berketerampilan teknikal serta berkebolehan menyelesaikan masalah dalam bidang teknologi kejuruteraan Pembuatan (Pemesinan) secara inovatif dan kreatif selaras dengan kehendak industri.
  2. Berkomunikasi secara berkesan dan menunjukkan kualiti kepimpinan yang baik di dalam sesebuah organisasi.
  3. Mampu menunjukkan kemahiran keusahawanan dan menyedari keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan kerjaya yang berjaya.

 

PROGRAMME LEARNING OUTCOME (PLO)

Di akhir program, graduan Diploma Teknologi kejuruteraan Pembuatan (Pemesinan) boleh:

PLO 1

memperoleh dan mengaplikasi pengetahuan sains dan asas kejuruteraan dalam bidang teknologi kejuruteraan Pembuatan (Pemesinan).

     

PLO 2

mengaplikasi kemahiran teknikal menerusi pengendalian peralatan, perisian dan sumber berkaitan dalam bidang teknologi kejuruteraan Pembuatan (Pemesinan).

     

PLO 3

mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah berkaitan teknologi kejuruteraan Pembuatan (Pemesinan).

     

PLO 4

berkomunikasi secara berkesan dalam kumpulan dan menunjukkan kualiti kepimpinan yang baik.

     

PLO 5

melaksanakan tanggungjawab sosial dengan mengambil kira impak amalan kejuruteraan dan keperluan pembangunan lestari.

     

PLO 6

mempamer pemahaman tentang etika professional, tanggungjawab dan norma amalan teknologi kejuruteraan.

     

PLO 7

mengenalpasti keperluan semasa, menguruskan maklumat dan mempamerkan minat berterusan dalam pembelajaran sepanjang hayat.

     

PLO 8

menunjukkan kesedaran terhadap pengurusan, amalan perniagaan dan keusahawanan.

     

 

KAEDAH LATIHAN
Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori.


TEMPOH LATIHAN
3 tahun (6 semester)

 

PERSIJILAN
Diploma Teknologi Kejuruteraan dan Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)


PELUANG KERJAYA:
Graduan-graduan yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya serta bersedia untuk memasuki bidang yang berhubung-kait dengan bidang pemesinan logam. Prospek pekerjaan yang boleh diceburi adalah sebagai penolong jurutera di dalam industri kejuruteraan dan pembuatan atau penyelia operasi mesin di dalam bidang pemesinan logam.


PINJAMAN LATIHAN
Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).