DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK KUASA (DKM TAHAP 4)

PERMOHONAN KEMASUKAN
PELAJAR TEMPATAN

 

 

PENGENALAN KURSUS

Kursus ini bertujuan memberi latihan dalam bidang teknologi elektrik dengan memberi penekanan kepada aspek teori dan amali dalam mereka bentuk dan membuat anggaran kos bagi kerja‐kerja elektrik, menggunakan peralatan ujian dan perlindungan pemasangan, peralatan industri, kendalian mesin dan sistem agihan bekalan, membuat pemasangan dan pemeriksaan bekalan elektrik, menyelenggara sistem pneumatik, hidraulik dan automasi, bekalan kecemasan, pengulang‐alik, kotak kawalan janakuasa dan kemahiran penyeliaan kerja‐kerja berkaitan elektrik.


KELAYAKAN MASUK

  1. Berumur 17 hingga 35 tahun;
  2. Sekurang-kurangnya Tamat Tingkatan Lima (5);
  3. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang berikut:
  1. C-051-3/C-050-3 : Juruteknik Elektrik Kanan; atau
  2. EE-320-3:2012: Three Phase Electric Installation;             
  1. Memiliki Perakuan Kekompetenan Pendawai (PW1/PW2/PW3/PW4/PW5/PW6) daripada Suruhanjaya Tenaga (ST);
  2. Lulus dalam temuduga yang dijalankan;
  3. Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/ketidakupayaan fizikal/anggota
    yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

KAEDAH LATIHAN
Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori.


TEMPOH LATIHAN
2 tahun

 

PERSIJILAN
Diploma Teknologi Perindustrian dan Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)

 

PELUANG KERJAYA:
Pembantu Jurutera Elektrik, Penyelia Jentera Elektrik Voltan Tinggi dan Rendah ,Penyelia Penyelenggaraan Elektrik dan Bangunan atau Usahawan Bidang Elektrikal.


PINJAMAN LATIHAN
Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).