Penyerahan Kelompok Kedua Face  Sheild ADTEC Shah Alam

30 MAC 2020

ACTEC Shah Alam telah membuat penghantaran dan penyerahan batch kedua face shield ini kepada pegawai di Klinik Kesihatan Telok Datok Banting bagi membantu Petugas Barisan Hadapan yang sedang berjuang untuk memerangi wabak koronavirus (COVID19). Penyerahan telah dilakukan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Sumber, En Shahrulnizam bin Sharip dan Ketua Bahagian Automasi dan Robotik, En Mohd Sani bin Saian kepada pegawai di Klinik Kesihatan Telok Datok Banting pada hari Isnin, 30 Mac 2020. Semoga usaha murni ini dapat memberi manfaat kepada petugas barisan hadapan dan diberkati Allah.