DIPLOMA TEKNOLOGI PENYELENGGARAAN KAPAL TERBANG
Tempoh Kursus: 3 tahun
Persijilan:
1. Diploma Teknologi Perindustrian - Penyelenggaraan Kapal Terbang
2. Diploma Kemahiran Malaysia - TP-060-4:2013 (Tahap 4)
3. Lesen Penyelenggaraan Kapal Terbang - CAAM Part 66 Kategori A1, A2 & A3
Kelayakan Masuk: Lulus SPM (minimum 3 kepujian)
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik/Fizik/ Sains/Subjek Teknikal atau Lain-Lain yang berkaitan. Sekurang kurangnya C+ dalam subjek sains sekiranya bukan aliran sains.)
Keterangan Kursus:
Kursus ini memberi penekanan kepada amalan standard penyelenggaraan pada kerangka pesawat udara, sistem avionik dan enjin serta memastikan kualiti aktiviti penyelenggaran pesawat mengikut piawaian. Para pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri penerbangan khususnya Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO) pesawat berdasarkan CAAM Part 66 Kategory A. Pelajar juga diberi subjek tambahan lain bagi persediaan untuk kelayakan Kategori B sebagai pembangunan kerjaya mereka.
UNTUK KETERANGAN LANJUT MENGENAI PROGRAM INI, SILA RUJUK DISINI.