Laman Web Rasmi Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam
Utama Kursus Sepenuh Masa Diploma Teknologi Penyelenggaraan Kapal Terbang

DIPLOMA TEKNOLOGI PENYELENGGARAAN KAPAL TERBANG


KOD KURSUS : K13
TAHAP (SKM): 1 hingga 4

PENGENALAN KURSUS:

Kursus ini memberikan pembelajaran kemahiran dalam kerja-kerja penyelenggaraan kapal terbang. Pelatih-pelatih juga akan diberi pendedahan melalui pembelajaran berasaskan modul DCAM Part 66.


KELAYAKAN MASUK:

Calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun dan mempunyai kelulusan akademik berikut :

Bagi calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM):

Lulus SPM dengan KEPUJIAN dalam matapelajaran berikut :

a) Bahasa Malaysia
b) Bahasa Inggeris
c) Matematik / Matematik Tambahan
d) Sains/Fizik/ Subjek Teknikal
e) Satu matapelajaran lain
f) Bagi pelajar bukan aliran Sains, sekurang-kurangnya C+ dalam subjek Sains

Dan

1. Tidak rabun warna dan sihat tubuh badan

2. Lulus Ujian Peperiksaan Khas


KAEDAH LATIHAN

Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori.


TEMPOH LATIHAN

Tempoh latihan sepenuh masa adalah selama 3 tahun.


PELUANG KERJAYA:

Juruteknik Penyelenggaraan Kapal Terbang (CAT A) di dalam bidang penyelenggaraan kapal terbang (MRO - maintenance, repair and overhaul)


PINJAMAN LATIHAN

Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).