logo

.

Suggestion Box



Jawatankuasa PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Jumaat, 10 Julai 2009 11:27

Jawatankuasa

Jawatankuasa terdiri daripada Pengerusi,Naib Pengerusi,Setiausaha,Penolong Setiausaha, Bendahari dan Penolong Bendahari. Nama-nama untuk jawatan tersebut hendaklah dipilih dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang dilaksanakan setiap 2 Tahun.

Kewajipan Pegawai

  • Pengerusi : En. Mohd Azmi Bin Abd Rahman
    Skop Tugas : Menjadi pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat.Bertanggungjawab ke atas semua biro-biro yang berada di bawah seliaannya.
  • Naib Pengerusi : En. Muhamad Aidil Bin Harun
    Skop Tugas : Menolong Pengerusi menjalankan pengurusannya dan memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaan pengerusi.
  • Setiausaha : Pn. Noorziha Binti Mohd Kasirun
    Skop Tugas : Menjalankan kerja-kerja pentadbiran pertubuhan dan menjalankan perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa. Beliau juga bertanggungjawab untuk memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi. Selain itu, beliau juga bertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal surat menyurat,menyimnpan buku kira-kira dan buku daftar ahli.
  • Penolong Setiausaha : Pn. Zarina Binti Ibrahim
    Skop Tugas : Menolong menjalankan  kerja-kerja setiausaha dan memangku jawatannya semasa ketiadaan setiausaha.
  • Bendahari : Pn Rose Zan Binti Abd Rahim
    Skop Tugas: Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Beliau juga hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira tersebut dan juga menandatangani cek Pertubuhan bersama pengerusi atau setiausaha.
  • Penolong Bendahari : En. Mior Md Salleh Bin Mior Yusoff
    Skop Tugas : Bertanggungjawab menolong bendahari menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan bendahari semasa ketiadaan bendahari.
 
bottom


Copyright Notice | Security Policy | Privacy Policy

Penafian : Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam Tidak Akan Bertanggungjawab Atas Segala Risiko Semasa Melayari Laman ini.

Disclaimer : Advanced Technology Training Centre (ADTEC) Shah Alam Should Not Be Liable On Any Risks While Surfing This Page.

Best Viewed For This Website ( Mozilla Firefox : 1024 X 768 )