

| Ko-kurikulum |
|
|
|
| Ditulis oleh Administrator |
| Isnin, 06 Julai 2009 10:22 |
|
Selain dari latihan kemahiran, ADTEC Shah Alam juga berperanan meningkatkan kecegasan fizikal pelajar dengan aktiviti Ko-Kurikulum. Antara badan-badan Ko-Kurikulum yang ada di sini adalah : 1.Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) Pelajar akan dilatih dari segi mental dan fizikal dengan dikawalselia oleh Kem Bn2, 502 Rejimen Askar Wataniah. Pelajar didedahkan dengan taktik dan teknik peperangan disamping penerapan nilai sahsiah yang tinggi. 2.Pengakap Kelana Badan beruniform yang telah dikenali dan mempunyai banyak aktiviti untuk dijalankan. Menerapkan nilai-nilai kerjasama dikalangan ahli dan bantu membantu antara satu sama yang lain. 3. Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) ADTEC Shah Alam Pelajar dilatih seni mempertahankan diri disamping mengenali teknik dan taktik yang berkesan menghadapi musuh. Menerapkan nilai budaya yang tinggi disamping pembinaan insaniah. 4. Kelab Seni & Kebudayaan Sebuah kelab yang menjalankan pelbagai aktiviti seni budaya merangkumi pelbagai kaum. Kelab ini juga memberi khidmat yang banyak kepada masyarakat setempat seperti mengadakan aktiviti kompang di majlis perkahwinan. 5. Kelab Multimedia Memberi pendedahan tentang penggunaan kamera, teknik-teknik fotografi dan juga teknologi-teknologi terkini multimedia. 6. Kelab Landskap & Rekreasi Berperanan dalam memperindah kawasan Institut serta menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti luar seperi perkhemahan dan sebagainya. 7. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Pelajar akan mempelejari pelbagai teknik rawatan awal disamping mengadakan aktiviti-aktivi diluar Institut seperti perkhemahan, ujian CPR dan lain-lain lagi. 8. Kelab Seni & Kebudayaan Sebuah kelab yang menjalankan pelbagai aktiviti pengeditoran, disamping merakamkan dan merekodkan aktiviti tahunan pelajar. 9. Brass Band – akan ditubuhkan 10. Kelab Rekacipta & Inovasi – akan ditubuhkan |

Penafian : Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam Tidak Akan Bertanggungjawab Atas Segala Risiko Semasa Melayari Laman ini.
Disclaimer : Advanced Technology Training Centre (ADTEC) Shah Alam Should Not Be Liable On Any Risks While Surfing This Page.
Best Viewed For This Website ( Mozilla Firefox : 1024 X 768 )