|
Diploma Teknologi Mekatronik |
|
Ditulis oleh webmaster
|
|
Rabu, 25 Mac 2009 13:55 |
|
KURSUS : Diploma Teknologi Mekatronik KOD : K05 PERSIJILAN : Diploma Teknologi Mekatronik KETERANGAN KURSUS Kursus ini adalah gabungan teknologi dari bidang Elektronik, Mekanikal dan Komputer. Kursus ini di bentuk selaras dengan industri terkini yang memberikan penekanan kepada sistem automasi dan robotik. Pelajar akan diberi pendedahan mengenai Amalan & Aturan Keselamatan, Lukisan Kejuruteraan, Matematik Kejuruteraan, Sains Kejuruteraan dan sebagainya.
KELAYAKAN AKADEMIK Memiliki SPM atau setaraf dengannya, dengan LULUS dalam Matematik / Matematik Tambahan, Sains / Fizik / subjek Teknikal, Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris DAN memiliki SKM (MLVK) Tahap 2 dalam salah satu bidang berikut: • B10 – Automasi Perindustrian; • B07 – Penyelenggaraan Elektromekanikal; • B04 – Teknologi Instrumen Perindustrian; • A01 – Mekanik Industri. TEMPOH LATIHAN 2 Tahun
PELUANG PEKERJAAN Para graduan boleh bekerja sebagai Pembantu Teknik / Pembantu Jurutera dalam bidang - bidang seperti elektronik,mekatronik,automasi dan juga komputer khususnya dalam bidang mekatronik. |