|
Diploma Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara |
|
Ditulis oleh webmaster
|
|
Rabu, 25 Mac 2009 16:32 |
|
KURSUS : Diploma Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Kod : L05 PERSIJILAN : Diploma Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara KETERANGAN KURSUS Kursus ini dirangka bertujuan melatih mengeluarkan pelatih yang berwibawa dalam pengendalian tugas-tugas penyelenggaraan, merekebentuk dan menganalisa, mengurus, merancang dan merangka susunatur kerja-kerja berhubung sistem Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara serta mengamalkan peraturan keselamatan dan kesihatan.
KELAYAKAN AKADEMIK Memiliki SPM atau setaraf dengannya, dengan LULUS dalam Matematik / Matematik Tambahan, Sains / Fizik / subjek Teknikal, Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris DAN memiliki SKM (MLVK) Tahap 2 dalam salah satu bidang berikut: • B02 – Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara; • NOSS C-010-2 :Juruteknik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Domestik; • NOSS C-040-2 :Juruteknik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Komersil. TEMPOH LATIHAN 2 Tahun PELUANG PEKERJAAN Graduan mempunyai kelayakan untuk menjawat jawatan sebagai Pembantu Teknik penyejukbekuan dan penyamanan yang berketrampilan di dalam pengendalian tugas- tugas penyelenggaraan,pemasangan,merekabentuk dan merancang susunatur kerja-kerja yang berkaitan sistem penyamanan udara. |