|
Diploma Teknologi Elektrik Kuasa |
|
Ditulis oleh webmaster
|
|
Rabu, 25 Mac 2009 16:29 |
|
KURSUS : Diploma Teknologi Elektrik Kuasa Kod : L01 PERSIJILAN : Diploma Teknologi Elektrik ( Kuasa ) KETERANGAN KURSUS Kursus ini menawarkan latihan teori dan amali yang menumpukan pembentukan pengetahuan membuat dan merekabentuk serta anggaran kerja-kerja elektrik, menggunakan peralatan-peralatan ujian dan perlindungan pepasangan, peralatan industri, kendalian mesin dan sistem agihan bekalan. Disamping itu juga membuat pemasangan, pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem pneumatik/elektro-pneumatik dan sebagainya.
KELAYAKAN AKADEMIK Memiliki SPM atau setaraf dengannya, dengan LULUS dalam Matematik / Matematik Tambahan, Sains / Fizik /subjek Teknikal, Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris DAN memiliki SKM (JPK) Tahap 2 dalam salah satu bidang berikut: • B01-Juruelektrik; • NOSS C-051-2: Juruteknik Elektrik; • Sijil PW2 bagi pelajar lepasan ILJTM. TEMPOH LATIHAN 2 Tahun PELUANG PEKERJAAN Mereka yang terlatih di dalam bidang Teknologi Elektrik Kuasa mempunyai peluang berkhidmat di semua industri yang mempunyai sistem bekalan masuk dua masukan dan penyegerakkan Penjana Tunggu Sedia. |