KURSUS : Teknologi Pembuatan Kod : K03 PERSIJILAN : Diploma Teknologi Pembuatan
KETERANGAN KURSUS Kursus ini memberi pendedahan teori dan amali dalam kemahiran asas dan pertengahan pemesinan bermula dari pemesinan mesin konvensional seperti mesin larik, kisar dan canai dan pengaturcaraan pelbagai mesin Computer Numerical Control (CNC). Pelajar juga didedahkan dengan teknologi pemesinan moden seperti Computer Aided Design/Computer Aided Manufacturing (CAD/CAM) dan teknologi mesin Rapid Prototyping.
KELAYAKAN AKADEMIK Memiliki SPM atau setaraf dengannya, dengan LULUS dalam Matematik / Matematik Tambahan, Sains / Fizik / subjek Teknikal, Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris DAN memiliki SKM (JPK) Tahap 2 dalam salah satu bidang berikut: • A02 – Pemesinan Am; • A03 – Pemesinan CNC; • NOSS H-014-2: Pemesinan Am Larik; • NOSS H-015-2 : Pemesinan Am Kisar; • NOSS H-016-2 : Pemesinan Am Canai; • NOSS H-013-2 : Pemesinan CNC.
TEMPOH LATIHAN 2 Tahun
PELUANG PEKERJAAN Pelajar yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pemesinan logam dan berkebolehan serta bersedia untuk memasuki bidang ini sebagai Penyelia atau Penolong Jurutera di industri-industri kejuruteraan dan pembuatan.