|
Diploma Teknologi Kimpalan |
|
Ditulis oleh webmaster
|
|
Rabu, 25 Mac 2009 15:46 |
|
KURSUS : Teknologi Kimpalan Kod : K01 PERSIJILAN : Diploma Teknologi Kimpalan KETERANGAN KURSUS Kursus ini memberi pendedahan teori dan amali dalam kemahiran asas dan pertengahan pemesinan bermula dari pemesinan mesin konvensional seperti mesin larik, kisar dan canai dan pengaturcaraan pelbagai mesin Computer Numerical Control (CNC). Pelajar juga didedahkan dengan teknologi pemesinan moden seperti Computer Aided Design/Computer Aided Manufacturing (CAD/CAM) dan teknologi mesin Rapid Prototyping.
KELAYAKAN AKADEMIK Memiliki SPM atau setaraf dengannya, dengan LULUS dalam Matematik / Matematik Tambahan, Sains / Fizik / subjek Teknikal, Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris DAN memiliki SKM (MKVK) Tahap 2 dalam salah satu bidang berikut : • A08 – Kimpalan Arka & Gas; • A09 – Fabrikasi Logam; • NOSS H-024-2:Jurukimpal Arka Logam Berperisai; • NOSS H-025-5: Jurukimpal Arka Tungsten Gas; • NOSS H-021-2 : Jurukimpal Logam Tanpa Ferus; • NOSS H-022-2 : Jurukimpal Gas; • NOSS H-070-2 : Jurubentuk Kepingan Logam; • NOSS H-200-2 : Fabrikator & Pemasangan Struktur; • NOSS H-060-2 : Pemeriksa Kimpalan. TEMPOH LATIHAN 2 Tahun PELUANG PEKERJAAN Peluang pekerjaan kebanyakannya terdapat di industri pembuatan dan pembinaan logam, loji pemasangan mesin dan jentera, peralatan logam dan kerja - kerja struktur pembinaan logam. |