KURSUS : Teknologi Jaminan Mutu Kod : K04 PERSIJILAN : Diploma Teknologi Jaminan Mutu
KETERANGAN KURSUS Kursus ini mendedahkan pelajar-pelajar kepada kerja dan aktiviti pemeriksaan mutu dan jaminan mutu yang berkaitan dengan input pembuatan, bahan mentah serta produk, supaya menepati spesifikasi serta piawaian yang ditetapkan. Latihan diberikan berkaitan kaedah pemeriksaan berketepatan tinggi dan bersesuai dengan spesifikasi atau kehendak pelanggan.
KELAYAKAN AKADEMIK Memiliki SPM atau setaraf dengannya, dengan LULUS dalam Matematik / Matematik Tambahan, Sains / Fizik / subjek Teknikal, Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris DAN memiliki SKM (MLVK) Tahap 2 dalam salah satu bidang berikut: • A12 – Reka Bentuk Produk Industri; • A15 – CADD Mekanikal; • A14 – Kejuruteraan Jaminan Kualiti; • NOSS H-302-2 : Pembantu Pereka Produk Industri; • NOSS H-301-2 : Juruteknik Jaminan Kualiti; • NOSS H-050-2 : Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
TEMPOH LATIHAN 2 Tahun
PELUANG PEKERJAAN Graduan yang telah tamat dengan jayanya mempunyai cerah untuk bekerja di sektor industri pembuatan dan perkhidmatan sebagai pembantu Jurutera Jaminan Kualiti