

| MAJAICO |
| Ditulis oleh webmaster |
| Rabu, 25 Mac 2009 16:50 |
|
MAJAICO ( Malaysia Japan Automotive Industries Co-Operation ) merupakan salah satu daripada hasil usaha kerjasama Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Jepun dalam membangunkan infrastruktur yang kukuh dari segi pengetahuan dalam bidang pembuatan automotif. Ia ditubuhkan di bawah satu perjanjian iaitu Perjanjian Hubungan Ekonomi Malaysia Jepun pada Julai 2006, di mana, ianya bertujuan untuk memantapkan lagi Industri Automotif Malaysia agar dapat bersaing dalam peringkat global.
Dengan usahasama dari pihak JETRO ianya terbahagi kepada 10 sub projek, yang mana salah satunya diberi nama : MAJAICO PROJECT B ( Pusat Latihan Kemahiran Automotif di Malaysia ) Secara teknikalnya, ADTEC Shah Alam terpilih untuk menjadi Pusat Latihan Kemahiran Automotif di Malaysia. Dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia, projek ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran teknikal para juruteknik Malaysia dan sumber manusianya. Projek ini dijalankan sepenuhnya oleh NISSAN dan JTM. Kenapa ADTEC Shah Alam terpilih ? 1. Lokasi strategik kerana institut ini dibina di sekitar kawasan industri automotif. 2. JETRO telah menghantar tenaga pakar dari Jepun untuk melatih "Master Trainer" yang juga pengajar terpilih dari ILJTM untuk membangunkan silibus. 3. Setiap Master Trainer yang terlatih ini diharapkan dapat melatih pekerja industri menggunakan silibus dan kurikulum yang telah dibangunkan. Dengan ini, Pusat Latihan Kemahiran ini dapat menjadi model bagi setiap institusi vokasional awam yang lain dalam membantu sektor swasta untuk meningkatkan atau membangunkan sistem latihan teknikal dan persekitaran supaya pekerja industri ini dapat menambah pengetahuan dan kemahiran mereka. TAWARAN KURSUS Kursus - kursus yang ditawarkan setakat ini adalah secara percuma. Ini bagi menggalakkan lagi penyertaan dikalangan pihak industri automotif Malaysia. Syarat - syarat penyertaan untuk setiap kursus ialah : pekerja yang bekerja di sektor pembuatan automotif sekurang - kurangnya mempunyai pengalaman kerja 2 tahun atau memiliki sijil kemahiran. |

Penafian : Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam Tidak Akan Bertanggungjawab Atas Segala Risiko Semasa Melayari Laman ini.
Disclaimer : Advanced Technology Training Centre (ADTEC) Shah Alam Should Not Be Liable On Any Risks While Surfing This Page.
Best Viewed For This Website ( Mozilla Firefox : 1024 X 768 )