logo

.

Suggestion Box



Bahagian Subjek Umum
Ditulis oleh webmaster   
Rabu, 25 Mac 2009 16:48

Bahagian Subjek umum terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Bahasa Inggeris, Matematik Kejuruteraan, Sains Kejuruteraan dan Pendidikan Islam. Unit ini mempunyai 6 orang tenaga pengajar utk mengajar subjek berikut.  

1. Unit ini juga bertanggungjawab kepada ADTEC dalam menyelaraskan kegiatan pada peringkat kebangsaan di pusat ini sebagaimana ditentukan. 

2. Membantu menjalankan usaha-usaha berbentuk pendidikan sejajar dengan keperluan industri. 

3. Membantu menyediakan dan mengendalikan latihan termasuk menyediakan pelan mengajar, kertas penerangan, kertas kerja, kertas tugasan dan lain-lain bantuan mengajar serta mempastikan pencapaian kemahiran Bahasa Inggeris pelatih di tahap yang diperlukan  industri. 

4. Mengajar pelatih-pelatih ambilan SPM subjek-subjek umum Bahasa Inggeris I (BI 1051) dan Bahasa Inggeris II (BI 2051). 

5. Mengajar pelatih-pelatih ambilan SPM subjek-subjek umum Pendidikan Moral I (PM 1041) dan Pendidikan Moral II (PM 2041). 

6.  Mengendalikan kelas-kelas kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris untuk pelatih-pelatih  ADTEC (terutama pelatih Aviation).           

7.  Menganjurkan ’workshop’ kemahiran komunikasi dan penulisan Bahasa Inggeris untuk bakal-bakal graduan ADTEC, terutama bagi mempersiapkan mereka untuk menghadiri temuduga. 

8.  Membantu pegawai-pegawai mengedit dan/atau menterjermah dokumen dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris atau sebaliknya. 

9. Membantu pengendalian peperiksaan:
  •  Mengendalikan peperiksaan mengikut piawaian.
  • Menyelia soalan dan skema jawapan subjek umum dan subjek teras
  • Menyediakan dewan peperiksaan.
  • Mengemukakan dokumen, mengisi borang dan rekod kehadiran pelatih
  • Membantu merekodkan keputusan ujian dan peperiksaan.

10. Menyertai aktiviti-aktiviti pentadbiran / pengurusan Institusi Latihan  Jabatan Tenaga Manusia (JTM). 

11.  Menyempurnakan lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diarahkan Pengarah dan Ketua Jabatan dari masa ke semasa.

 
bottom


Copyright Notice | Security Policy | Privacy Policy

Penafian : Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam Tidak Akan Bertanggungjawab Atas Segala Risiko Semasa Melayari Laman ini.

Disclaimer : Advanced Technology Training Centre (ADTEC) Shah Alam Should Not Be Liable On Any Risks While Surfing This Page.

Best Viewed For This Website ( Mozilla Firefox : 1024 X 768 )