logo

.
Sunday 05th of September 2010    
Home FAQ
Soalan Umum
Ditulis oleh Administrator   
Isnin, 30 Mac 2009 14:09
1. Dimanakah borang permohonan ke ADTEC Shah Alam boleh diperolehi?
Borang permohonan tersebut boleh di beli di semua Pejabat Pos Besar di seluruh Malaysia dan borang tersebut dijual 2 kali dalam setahun iaitu pada bulan Mac dan September atau permohonan secara dalam talian boleh dibuat di www.jtm.gov.my

2. Mengapa saya harus pilih ADTEC Shah Alam sebagai Institusi pilihan pertama?
ADTEC Shah Alam harus menjadi pilihan pertama anda kerana anda akan dibekalkan dengan latihan kemahiran yang teratur berdasarkan Standard Kemahiran Malaysia(SKM),dibantu pula dengan tenaga pengajar yang mahir serta kemudahan peralatan latihan yang canggih dan terkini selaras dengan pembangunan industri.

3. Apakah kursus yang ditawarkan di ADTEC Shah Alam?
Terdapat sepuluh bidang kursus yang ditawarkan setakat ini iaitu Mekatronik, Penyejukbekuan & Penyaman Udara, Komputer (Sistem), Elektrik Kuasa, Elektronik, Kimpalan, Jaminan Mutu, Pembuatan dan Penyelenggaraan Kapalterbang.

4. Bilakah kemasukan pelatih ke ADTEC Shah Alam?
Kebiasaannya kemasukan pelatih ke ADTEC Shah Alam ialah pada setiap bulan Januari dan Julai bergantung pada kekosongan asrama.

5. Kemanakah arah tuju saya setelah tamat latihan di ADTEC Shah Alam?
Anda berpeluang untuk melanjutkan pelajaran anda di beberapa institusi latihan kemahiran lanjutan dibawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) seperti Japan Malaysia Technical Institute (JMTI), IPTA yang lain mahupun IPTS. Anda juga berkebolehan menjadi menjadi salah seorang pekerja mahir di sektor awam ataupun swasta.
LAST_UPDATED2
 
bottom


Copyright Notice | Security Policy | Privacy Policy

Penafian : Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam Tidak Akan Bertanggungjawab Atas Segala Risiko Semasa Melayari Laman ini.

Disclaimer : Advanced Technology Training Centre (ADTEC) Shah Alam Should Not Be Liable On Any Risks While Surfing This Page.

Best Viewed For This Website ( Mozilla Firefox : 1024 X 768 )