|
Diploma Lanjutan Teknologi Kimpalan |
|
|
|
|
Ditulis oleh webmaster
|
|
Jumaat, 17 April 2009 13:59 |
|
KOD KURSUS: S01 KURSUS: Diploma Lanjutan Teknologi Kimpalan (Welding Technology) TEMPOH PENGAJIAN: 2 tahun PERSIJILAN: (i) Diploma Lanjutan Teknologi JTM (ii) Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5
KETERANGAN KURSUS: Kursus ini menawarkan latihan teori dan amali dalam mengimpal, memotong logam dan fabrikasi menggunakan pelbagai bahan, proses dan peralatan seperti CNC ; kemahiran merancang dan mereka bentuk kerja-kerja kimpalan, menyambung bahanlogam termaju, kemahiran penyeliaan, pengetahuan serta kemahiran kaji logam kimpalan, ujian pemeriksaan bagi memenuhi keperluan sistem kualiti dan jaminan mutu serta pengawalan peraturan keselamatan dan kesihatan.; kemahiran dalam aplikasi perisian komputer.
PELUANG KERJAYA: Jurutera Kimpalan di dalam industri pembuatan dan pembinaan logam / loji pemasangan mesin dan jentera, peralatan logam dan kerja-kerja struktur pembinaan logam di sektor industri. KELAYAKAN AKADEMIK Mempunyai Diploma Teknologi JTM atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dalam salah satu bidang berikut: • K01-Diploma Teknologi Kimpalan • H-023-4 Pembantu Jurutera Kimpalan (Fabrikasi)
|