|
Diploma Lanjutan Teknologi Jaminan Kualiti |
|
|
|
|
Ditulis oleh webmaster
|
|
Jumaat, 17 April 2009 13:56 |
|
KOD KURSUS: S04 KURSUS: Diploma Lanjutan Teknologi Jaminan Kualiti (Quality Assurance Technology) TEMPOH PENGAJIAN: 2 tahun PERSIJILAN: (i) Diploma Lanjutan Teknologi JTM (ii) Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 KETERANGAN KURSUS: Kursus ini memberi pendedahan kepada kerja-kerja kejuruteraan dan aktiviti pemeriksaan kualiti dan jaminan kualiti dengan input pembuatan, bahan mentah serta produk supaya menepati spesifikasi serta piawaian yang ditetapkan; latihan pemeriksaan berketepatan tinggi, kecatatan, kaedah memeriksa dan mengenalpasti; kemahiran merancang dan mengambil tindakan susulan kepada masalah kualiti, auditan dan pengiraan kos ; pendedahan terhadap pengurusan- TQM, QMS, Peralatan dan mesin, merekabentuk, pengukuran dan pengujian, perkhidmatan pelanggan dan penambahbaikan.
PELUANG KERJAYA: Jurutera Jaminan Mutu di dalam bidang Industri Pembuatan KELAYAKAN AKADEMIK Mempunyai Diploma Teknologi JTM atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dalam salah satu bidang berikut: • K04-Diploma Teknologi Jaminan Mutu • H-301-4 Penolong Jurutera Jaminan Kualiti (Pembuatan)
|