logo

.

Suggestion Box



Home Berita Perkhemahan Pengakap Kelana Siswa 2010
Perkhemahan Pengakap Kelana Siswa 2010 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh webmaster   
Jumaat, 30 April 2010 09:14

Pada 23-25 April 2010, Badan Beruniform Pengakap telah mengadakan satu perkhemahan yang melibatkan 48 orang pelajar terdiri daripada anggota badan beruniform pengakap dan kakitangan ADTEC Shah Alam. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama yang tinggi di kalangan ahli serta menerapkan gaya hidup yang sihat dan aktif. Ia juga secara tidak langsung dapat mengembalikan keceriaan pelajar dengan selitan aktiviti seperti sukaneka dan sebagainya.

Aktiviti yang dijalankan adalah seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang memfokuskan kepada kerjasama pasukan,sukaneka dan juga aktiviti riadah serta senaman pula dapat merehatkan minda dan melepaskan tekanan. Pelajar telah diagihkan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan semua aktiviti seperti sdi dalam  sebuah keluarga kecil.
 
Pelbagai cabaran telah dilalui terutamanya pada hari pertama kem bermula, namun berkat kerjasama, kesungguhan dan kecekalan para peserta, segala urusan dapat dilaksanakan dengan lancar. Secara keseluruhannya, perkhemahan ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya. Adalah diharapkan program bermanafaat sebegini dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang.

                                               
Penasihat          : En.Nooranidahelmi Bin Daud
                          : En. Mohd Firdaus Bin Muhammad
 
Fasilitator          : En. Ahmad Shafiq Izham Bin Abdul Manaf
                         : En. Muhammad Anas Bin Md Noor
                         : Cik Che Nur Hakira Binti Che Mansur
                         : Cik Siti Rokiah Binti Muhamad Nadzir

 

--> Untuk lain-lain gambar sila ke menu  Laman Utama --> Galeri --> PerkhemahanPengakap2010

 

 

Tarikh Kemas kini

Last Update: 03-02-2012.
bottom


Copyright Notice | Security Policy | Privacy Policy

Penafian : Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam Tidak Akan Bertanggungjawab Atas Segala Risiko Semasa Melayari Laman ini.

Disclaimer : Advanced Technology Training Centre (ADTEC) Shah Alam Should Not Be Liable On Any Risks While Surfing This Page.

Best Viewed For This Website ( Mozilla Firefox : 1024 X 768 )