

| Kem Kepimpinan Pelajar 2010 |
|
|
|
| Ditulis oleh Administrator |
| Khamis, 15 April 2010 16:06 |
|
Pada 26-28 Mac 2010, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan satu perkhemahan yang melibatkan 38 orang pelajar terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Pelajar Islam serta beberapa wakil kelab dan persatuan. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk memperlengkapkan para pelajar dengan ciri-ciri kepimpinan selain daripada memupuk semangat kerjasama yang tinggi di kalangan ahli jawatankuasa.
Aktiviti yang dijalankan adalah seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang memfokuskan kepada kerjasama pasukan, Jungle Tracking dan juga aktiviti riadah dan senaman. Sepanjang kem ini berjalan, pelajar diagihkan kepada beberapa kumpulan dan ditugaskan untuk memasak secara bergotong-royong.
Pelbagai cabaran telah dilalui terutamanya pada hari pertama kem bermula, namun berkat kerjasama, kesungguhan dan kecekalan para peserta kem, segala urusan dapat dilaksanakan. Secara keseluruhannya, perkhemahan ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya. Adalah diharapkan program sebegini dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang.
URUSETIA/FASILITATOR : PN.NOORZIHA BT MOHD KASIRUN |

Penafian : Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam Tidak Akan Bertanggungjawab Atas Segala Risiko Semasa Melayari Laman ini.
Disclaimer : Advanced Technology Training Centre (ADTEC) Shah Alam Should Not Be Liable On Any Risks While Surfing This Page.
Best Viewed For This Website ( Mozilla Firefox : 1024 X 768 )