

| Pertandingan Nasyid Peringkat ILJTM |
|
|
|
| Ditulis oleh webmaster |
| Selasa, 26 Mei 2009 10:55 |
|
Johan Pertandingan Nasyid Milik Kita..Tahniah Pada 22 Mei sehingga 24 Mei 2009 telah diadakan pertandingan nasyid peringkat ILJTM Semalaysia di ILP Kangar yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis. Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan kategori wanita. Ia terbuka kepada semua pelajar ILJTM yang bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim antara setiap institusi dan mencungkil bakat baru. TAHNIAH diucapkan kepada peserta nasyid lelaki ADTEC Shah Alam kerana telah menjadi Johan bagi kategori lelaki dan semoga terus berjaya pada masa hadapan.Manakala bagi kategori wanita pula telah dimenangi oleh peserta dari ILP Ipoh.Walaupun peserta wanita ADTEC Shah Alam tidak berjaya memperolehi kemenangan namun ucapan tahniah juga diucapkan dia atas penyertaan mereka dan semoga dapat meningkatkan lagi usaha bagi memperolehi kejayaan pada masa depan.
|

Penafian : Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam Tidak Akan Bertanggungjawab Atas Segala Risiko Semasa Melayari Laman ini.
Disclaimer : Advanced Technology Training Centre (ADTEC) Shah Alam Should Not Be Liable On Any Risks While Surfing This Page.
Best Viewed For This Website ( Mozilla Firefox : 1024 X 768 )