

| Luncheon Talk dan Hari Terbuka ADTEC Shah Alam |
|
|
|
| Ditulis oleh webmaster |
| Isnin, 18 Mei 2009 11:06 |
|
Luncheon Talk dan Hari Terbuka ADTEC Shah Alam pada 28 Mei 2009 hingga 30 Mei 2009 akan diadakanĀ bermula dari jam 8 pagi sehingga 5 ptg. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang bagi memeriahkan lagi Hari terbuka ini antaranya Pameran & Job Fair dari syarikat-syarikat swasta dan agensi-agensi kerajaan, Persembahan, Sukaneka dan lain-lain. Hari Terbuka ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat dan komuniti setempat mengenalinya dengan lebih dekat dan menjalinkan hubungan di antara ADTEC Shah Alam dan industri terbabit denganĀ secara khusus. Selain itu ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar tahun akhir khususnya samada dari ADTEC Shah Alam atau IPTA dan IPTS serta pencari-pencari kerja mencari peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat atau agensi-agensi yang terlibat. Dengan hormatnya kami warga ADTEC Shah Alam menjemput Tuan-tuan dan Puan-puan untuk hadir pada Hari terbuka ADTEC Shah Alam kelak. |

Penafian : Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam Tidak Akan Bertanggungjawab Atas Segala Risiko Semasa Melayari Laman ini.
Disclaimer : Advanced Technology Training Centre (ADTEC) Shah Alam Should Not Be Liable On Any Risks While Surfing This Page.
Best Viewed For This Website ( Mozilla Firefox : 1024 X 768 )