Program Persijilan Air-Conditioner Certified Technician (ACCT)  

Jabatan Tenaga Manusia dengan kerjasama Daikin Malaysia Sdn Bhd (DAMA) akan mengadakan program Persijilan Air-Conditioner Certified Technician (ACCT) yang merangkumi kursus teori, amali dan ujian penilaian bagi meningkatkan kemahiran teknikal pemasang penyamanan udara di Malaysia. Program ini dijalankan selama tiga hari di dua lokasi iaitu Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam, Selangor dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala LumpurMaklumat lanjut boleh didapati di https://academy.daikinmalaysia.com/page/Home