Petikan Akhbar@JTM

Feed not found.

Akhbar : Bernama   |     Tarikh : 18 Disember 2019

MARANG, 18 Dis (Bernama) -- Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipelawa menyertai kursus Sijil Teknologi Minyak & Gas (Lukisan Perpaipan) di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Marang untuk pengambilan pelajar bagi kemasukan Januari 2020.


Penolong Pengarah, Jabatan Pengurusan Pelajar dan Latihan ILP Marang, Ahmad Nukhaie Berahim berkata yuran pengajian, asrama dan makan minum sepanjang kursus adalah percuma.

"Selain itu, pelajar juga diberi elaun wang saku RM100 sebulan sepanjang latihan dan RM300 semasa menjalani latihan industri. Mereka akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dan Sijil Teknologi Perindustrian (JTM) selepas tamat latihan," katanya kepada Bernama hari ini.

Selain pelajar lepasan SPM, tawaran tersebut turut dibuka kepada belia di bawah 35 tahun dengan syarat lulus Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan dan satu matapelajaran lain dalam SPM.

ILP Marang ialah sebuah Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) di bawah Kementerian Sumber Manusia yang ditubuhkan untuk memberi peluang pendidikan dan pekerjaan kepada komuniti setempat.

Sehubungan itu, mereka yang berminat boleh memohon di pautan https://bit.ly/2OXTnPo atau lawati laman sesawang ILP Marang di http://www.ilpmrg.gov.my atau hubungi di talian 09-6189000/09-6189029/09-6189043 untuk maklumat lanjut.

Berita Penuh : http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1800565