Majlis Penyerahan Sumbangan VRV3 dari Daikin Malaysia Sales and Service (DMSS)

21 SEPTEMBER 2020

ADTEC Shah Alam telah menerima sumbangan sebuah Variable Refrigerant Volume 'outdoor unit' jenis VRV3 yang merupakan sistem penyamanan udara multi-split untuk kegunaan bangunan komersial daripada syarikat Daikin Malaysia Sales and Service

Variable Refrigerant Volume atau VRV adalah teknologi penyamanan udara yang dibangunkan oleh Daikin yang berkemampuan untuk memberikan penyejukan dengan penggunaan dan aliran bahan pedingin yang berubah-ubah dan minimum serta membolehkan kawalan suhu berbeza-beza mengikut zon individu di setiap bilik dan lantai bangunan.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Mr. Lawrence Song Yew Beng (General Manager DMSS HQ) kepada Pengarah ADTEC Shah Alam, Pn Zuraini Muda di Bengkel Penyejukan dan Penyamanan Udara ADTEC Shah Alam.

Turut hadir di dalam majlis penyerahan tersebut adalah Mr. Chan Hon Leong (DMSS HOD Marketing), Mr. Louis Chan Chin Wah (DMSS Manager Marketing), Mr. Yeow Tee Siong (HOD Daikin Academic), Mr. Hammizzul b Affal (Daikin Academy S/Manager Training) and Mr Azrifendi b Adnan (Daikin Academy Executive Training)

 

  Klik disini untuk melihat Album