Penyerahan PPE ke Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

2 APRIL 2020

Alhamdullillah ADTEC Shah Alam telah menyempurnakan penghantaran seperti berikut:

Penghantaran ke lokasi ke 3 hari iaitu:

Penghantaran PPE ke Jabatan Kesihatan Negeri Selangor :

219 unit sponge face shield
75 unit face shield cekak
9 unit screening box
11 unit intubation box

Terima kasih kepada syarikat REFZEN (M) SDN BHD kerana telah menyumbangkan bahan asas kepada pembinaan kotak intubasi. Ini merupakan kerjasama pihak swasta dan institusi awam dalam membantu barisan hadapan melawan Covid 19.

ADTEC Shah Alam menasihatkan kepada semua orang ramai agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan agar dapat bersama untuk mengekang rantaian wabak COVID-19 ini daripada merebak. Kita juga digalakkan untuk kerap mencuci tangan dan memakai penutup mulut dan hidung serta mengamalkan “Social Distancing”