Kerja -kerja CSR yang melibatkan JTM, CIAST, IKBTN dan SWCORP di Taman Sri Nanding, Hulu Langat. Institut yang terlibat dengan kerja CSR di bawah JTM adalah ADTEC Shah Alam, ILP Kepala Batas, ILP Jitra, ILP Nibong Tebal dan JMTI. Program CSR ini akan berlangsung selama 4 hari. Untuk hari pertama pada 10 Januari 2022, turut hadir adalah YB Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Haji Awang Hashim, YB Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato' Sri Dr Haji Ismail dan Ketua Pengarah JTM, Tuan Shakib bin Shakir. Tenaga pengajar dan pelajar membantu untuk membaiki peti sejuk dan mesin basuh yang tidak berfungsi selepas banjir melanda bagi mengurangkan kuantiti sisa pepejal yang perlu dilupuskan.

10 Januari 2021

Klik disini untuk melihat album