Misi Bantuan Khas Covid-19 Anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) & Kesukas

12 JULAI 2021

Pada 12 Julai 2021, BHEP & KESUKAS melancarkan tabung ‘Bantuan Prihatin ADTECSA” bagi membantu pelajar-pelajar ADTECSA yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Kutipan sebanyak RM3941.40 berjaya dikutip hasil sumbangan dari kakitangan ADTEC SA, pihak Ibu Pejabat JTM, mantan kakitangan ADTEC SA, ALUMNI ADTEC SA dan sebagainya.

Bantuan disalurkan kepada pelajar-pelajar melalui permohonan yang dibuka secara online dan hasil permohonan tersebut seramai 42 pelajar layak mendapat bantuan tersebut. Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk Pek Bantuan Khas yang dihantar secara pos dan Wang Tunai yang didebitkan ke akaun pelajar.

 

Klik disini untuk melihat album gambar