13.07.2017 - Minggu Suai Kenal Pelajar Baru Pengambilan 2/2017

Pada 10 Julai 2017 telah bermulanya Program Minggu Suai Kenal (MSK) bagi pelajar-pelajar baru sesi pengambilan 2/2017. Pelbagai aktiviti yang dirancang oleh Jawatankuasa MSK dijalankan sepanjang program ini yang akan berakhir pada 14 Julai 2017. Antara aktiviti yang disertai oleh pelajar adalah Ceramah dan Taklimat Sistem Latihan, Keselamatan dan Kesihatan serta Motivasi yang disampaikan oleh Bahagian Pengurusan Institut . Selain itu juga, program ini dipenuhi dengan aktiviti kerohanian dan jasmani, sukaneka serta Latihan Dalam Kumpulan (LDK).