21.06.2017 - Program Lemang dan Ketupat Sempenan Ramadhan Al Mubarak ADTEC Shah ALAM.

 

 

Pada 21 Jun 2017 bersamaan 26 Ramadhan 1438H, kakitangan ADTEC Shah Alam telah mengadakan aktiviti membakar lemang dan merebus ketupat sempena Bulan Ramadhan yang mana kos pembiayaan bahan mentah dan peralatan dibiayai oleh Badan Sukan dan Kebajikan ADTEC Shah Alam - KESUKAS. Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan di ADTEC Shah Alam yang bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silatur rahim serta memupuk semangat bekerjasama dikalangan kakitangan ADTEC Shah Alam.