14 Jun 2017 - Lawatan Kerja Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE,JPM)

Lawatan Kerja Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE,JPM) diketuai oleh YBrs. En Johan Mahmood Merican, Timbalan Ketua Pengarah (Modal Insan) UPE, JPM. Lawatan turut disertai oleh Ketua Pengarah JTM, Dr Mary Wong Lai Lin dan pegawai-pegawai KSM serta JPK. Lawatan diadakan bagi melihat perkembangan terkini JTM dan ADTEC.