7 April 2017 - Pelancaran EKSA Peringkat ADTEC Shah Alam

Majlis pelancaran pelaksanaan EKSA ini dianjurkan sebagai simbolik kepada permulaan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di ADTEC Shah Alam. Ianya merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan sistem persekitaran berkualiti 5S yang telah dilaksanakan sejak tahun 2012 lagi.  Majlis ini diadakan bersempena dengan perhimpunan bulanan pelajar bersama Pengarah bagi bulan April yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar Program Pengeluaran Automotif. Majlis dimulakan dengan aktiviti rutin perhimpunan bulanan pelajar bersama tuan Pengarah iaitu bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Korporat JTM serta ikrar pelajar. Majlis diteruskan dengan taklimat khas dari Bahagian Perhubungan Industri dan disusuli dengan taklimat dari Ketua Fasilitator EKSA berkaitan dengan pengenalan EKSA.  Kemuncak majlis ini ialah amanat tuan Pengarah ADTEC Shah Alam yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu pelaksanaan EKSA ADTEC Shah Alam. Beliau seterusnya menyempurnakan gimik pelancaran pelaksanaan EKSA ADTEC Shah Alam sebagai tanda permulaan kepada pelaksanaan EKSA di institut ini. Semoga pelancaran EKSA ini dapat meningkatkan motivasi kepada semua warga ADTEC Shah Alam untuk membudayakan EKSA dalam tugasan harian yang merupakan penjenamaan semula sistem pengurusan persekitaran berkualiti QE/5S yang menjadi teras utama kepada pelaksanaan EKSA ini.