17.08.2016 - Program Seminar dan Dialog Pekerja Mahir Industri 2016 di ADTEC Shah Alam.

 

 

Program Seminar dan Dialog Pekerja Mahir Industri 2016 telah berjaya dilaksanakan pada 17 Ogos 2016. Seramai 100 peserta telah menghadirkan diri untuk sesi seminar dan dialog pekerja mahir industri tahun ini.

Objektif program adalah mempromosi latihan di ADTECSA, memperluaskan kerjasama antara industri dan ADTECSA, menghargai kerjasama yang telah diberikan oleh industri seperti syarikat penempatan Latihan Industri (LI) pelajar, mengenalpasti penambahbaikan latihan melalui maklumbalas secara terus dari industri dan sebagainya.

Terima kasih kepada semua peserta dan kakitangan ADTECSA yang banyak membantu dalam menjayakan program ini.