13.06.2016 - Program Bubur Lambuk Sempenan Ramadhan Al Mubarak ADTEC Shah ALAM.

 

 

Pada 13 Jun 2016 bersamaan 8 Ramadhan 1437H, kakitangan ADTEC Shah Alam telah mengadakan aktiviti memasak bubur lambuk sempena Bulan Ramadhan yang mana kos pembiayaan bahan mentah dan peralatan dibiayai oleh Badan Sukan dan Kebajikan ADTEC Shah Alam - KESUKAS. Aktiviti memasak bubur lambuk merupakan aktiviti tahunan di ADTEC Shah Alam yang bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silatur rahim serta memupuk semangat bekerjasama dikalangan kakitangan ADTEC Shah Alam.
 
Aktiviti ini bermula pada pukul 8.45 pagi dengan kaum wanita mengupas bawang, ubi kentang dan memotong sayur-sayuran sebagai bahan masakan, manakala kaum lelaki menyediakan peralatan serta tempat memasak. Usahasama tenaga staf disumbang secara giliran bagi memastikan pejabat masih ada staf meneruskan urusan pentadbiran harian. Setelah bubur dimasak, aktiviti pembungkusan dilaksanakan secara gotong- royong oleh staf yang berkelapangan. Bubur lambuk kemudian diagihkan kepada staf-staf CICT bermula pada pukul 3.00 hingga 4.30 petang.