DIPLOMA TEKNOLOGI JAMINAN KUALITI

 

Tempoh Kursus: 3 tahun

Persijilan: Diploma Teknologi Perindustrian dan Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)

Kelayakan Masuk: Lulus SPM (MESTI lulus Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik/Matematik Tambahan, serta lulus Satu (1) subjek lain.

 

Keterangan Kursus:

Kursus ini memberi penekanan kepada penggunaan standard jaminan kualiti dan prosedur dalam mengekalkan proses dan produk bagi memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Pelajar akan didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran mengenai pengukuran, kalibrasi, CAD mekanikal, pengurusan kualiti, metrologi dan pengujian yang diperlukan oleh industri.