DIPLOMA TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA (DKM TAHAP 4)

PERMOHONAN KEMASUKAN
PELAJAR TEMPATAN

 

 

PENGENALAN KURSUS:

Kursus ini bertujuan memberi latihan dalam bidang teknologi penyejukbekuan dan penyamanan udara dengan memberi penekanan kepada aspek teori dan amali dalam pengujian dan penyelenggaraan sistem penyamanan udara domestik/industri, menganalisa dan merekabentuk susunatur sistem penyamanan udara, menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan sistem penyejukbekuan dan penyamanan udara, pengurusan kerja‐kerja binaan berkaitan penyamanan udara serta mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan.


KELAYAKAN MASUK:

i)  Calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun.

ii) Lulus SPM dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam salah satu bidang- bidang berikut :

  • C-040-3: Juruteknik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Komersil atau
  • C-010-3: Juruteknik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Domestik
  • ME-020-3: 2012: Penyeliaan Pemasangan & Penyelenggaraan HVAC Installation and Maintenance Supervision; atau 
  • ME-021-3: 2012: Penyeliaan Pemasangan & Penyelenggaraan HVAC 

iii) Lulus temuduga yang dijalankan

iv) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

 

KAEDAH LATIHAN
Latihan yang dikendalikan adalah berteraskan kemahiran yang merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori.


TEMPOH LATIHAN
1 tahun 6 bulan

 

PERSIJILAN
Diploma Teknologi Perindustrian dan Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)

 

PELUANG KERJAYA:
Pembantu Jurutera Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Penyelia Pemasangan dan Penyelenggaraan Sistem Ventilasi, Juruteknik Kanan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Usahawan Bidang Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara.


PINJAMAN LATIHAN
Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).