Email
Phone
Facebook

PANDUAN KEMASUKAN

PENGENALAN

Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. ILJTM terdiri daripada dua puluh empat (24) buah Institut Latihan Perindustrian (ILP), empat (8) buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI). ILP menawarkan program peringkat Sijil & Sijil Lanjutan serta Diploma, sementara ADTEC dan JMTI menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.

PENGAMBILAN PELAJAR

Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September. Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online) di Laman Web JTM (www.jtm.gov.my) bagi sesi kemasukan Januari dan di Laman Web UPU, Jabatan Pengajian Tinggi (http://upu.moe.gov.my) bagi sesi kemasukan Januari atau Julai. Bagi permohonan melalui Laman Web UPU, pemohon dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM15.60 melalui kaunter BSN, ATM atau SMS Banking.

FASILITI

JTM menyediakan pelbagai kemudahan di setiap Institusi latihannya; seperti kemudahan asrama, makanan, dewan kuliah, makmal, bengkel latihan, kemudahan sukan & riadah, kantin, makmal komputer, perpustakaan dan sebagainya.

BAYARAN

Yuran Pengajian:

  • Diploma & Diploma Lanjutan: RM3,000.00 setahun. (Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) boleh dipohon bagi yang layak)
  • Sijil & Sijil Lanjutan: Percuma, kecuali pelajar tajaan.

Lain-lain bayaran yang dikenakan semasa hari pendaftaran (anggaran RM650-RM700 tertakluk kepada institut).

PETA LOKASI

KURSUS YANG DITAWARKAN

KURSUS SEPENUH MASA

Info Lanjut Mengenai Kursus


KURSUS SEPARUH MASA (eKJP)

Info Lanjut Mengenai Kursus