DIPLOMA TEKNOLOGI JAMINAN KUALITI (DKM TAHAP 3 & 4)
PENGENALAN KURSUS
Kursus ini memberikan penekanan berkaitan asas kerja kejuruteraan, aktiviti pemeriksaan kualiti dan jaminan kualiti input/output pembuatan supaya menepati spesifikasi serta piawaian yang ditetapkan, mempelajari kaedah pemeriksaan berketepatan tinggi, kaedah mengenalpasti kecacatan produk, kemahiran merancang dan mengambil tindakan susulan kepada masalah kualiti, kemahiran menulis laporan pemeriksaan dan bertindak terhadap maklumbalas serta aduan berkaitan dengan kualiti pembuatan serta pendedahan terhadap konsep dan teknik kualiti. Dalam kursus ini pelajar akan mempelajari subjek berkaitan Metrologi dan Kalibrasi, Pengujian Bahan, Asas Fabrikasi, Lukisan Kejuruteraan dan Cetakan Biru, Asas Proses Pembuatan, Prosedur dan Pengurusan Kualiti, Kajian Bahan, Sistem Kawalan Industri di samping subjek Penyeliaan dan Pengurusan.
KELAYAKAN MASUK:
i) Calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun.
ii) Lulus SPM dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam salah satu bidang- bidang berikut :
- H-051-3/MC-081-3:Pelukis Pelan Kanan Kejuruteraan Mekanikal atau
- H-312-3/H-302-3: Juruteknik Kanan Rekabentuk Produk Industri atau
- MC-040-3: 2013 : Industrial Product Development
iii) Lulus temuduga yang dijalankan
iv) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
KAEDAH LATIHAN
Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori.
PELUANG KERJAYA:
Peluang pekerjaan kebanyakannya terdapat di industri pembuatan dan perkhidmatan terutamanya sebagai Penolong Jurutera Jaminan Kualiti.