DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTER (SISTEM)

PERMOHONAN KEMASUKAN
PELAJAR TEMPATAN

 

 

 

 

 PENGENALAN KURSUS:

Kursus ini menawarkan latihan teori dan amali yang menumpukan pembentukan pengetahuan serta kemahiran dalam teknologi komputer sistem. Sepanjang tempoh latihan pelatih akan didedahkan secara teori dan amali kepada perkembangan teknologi terkini yang merangkumi pembangunan dan rekabentuk sistem dan rangkaian komputer, penggunaan komputer di dalam operasi perniagaan, telekomunikasi, pemprosesan imej, pembangunan dan rekabentuk perisian komputer serta mampu menyelanggara, membaikpulih dan sebagainya.

Di penghujung kursus, graduan mesti boleh menyediakan keperluan pengguna, keperluan  rangkaian, keperluan kemudahan  dan keperluan sumber manusia menggunakan peralatan, bahan dan kaedah yang bersesuaian. Graduan juga boleh melaksanakan kerja-kerja konfigurasi, menguji, memulih, menyelenggara dan menaiktaraf sistem komputer. Selain itu, ia juga menekankan aspek dokumentasi teknikal dalam pengurusan projek berkaitan komputer sistem. 


KELAYAKAN MASUK:

Calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 30 tahun dan mempunyai kelulusan akademik berikut :

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia-Vokasional (SPMV) atau setaraf  dan lulus Bahasa Melayu, Matematik/Matematik Tambahan, Sains/Fizik/Subjek Teknikal dan Bahasa serta

Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 bagi kemasukan tahap 4 dalam bidang yang berikut:

  • F01 – Teknologi Komputer (Sistem);
  • NOSS D-041-3 :Juruteknik Sistem Komputer.
  • NOSS IT-040-3 :Juruteknik Sistem Komputer.

  

KAEDAH LATIHAN
Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori.


TEMPOH LATIHAN
Tempoh latihan sepenuh masa minima bagi kemasukan ke tahap 4 adalah selama 1 tahun 9 bulan. Pelajar perlu melaksanakan projek tahun akhir selama 3 bulan. serta menjalani latihan industri (industrial training) selama 6 bulan di penghujung pengajian. 

 

PERSIJILAN
Diploma Teknologi Perindustrian dan Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)

 

PELUANG KERJAYA:
Graduan-graduan yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya serta bersedia untuk memasuki bidang yang berhubung-kait dengan bidang komputer sistem. Prospek pekerjaan yang boleh diceburi adalah sebagai pembantu jurutera, pembantu pentadbir sistem, penyelia atau juruteknik sistem komputer.  Peluang pekerjaan bidang ini terdapat dalam sektor pengkomputeran seperti penghasilan iklan ,perisian multimedia dan laman web.Selari dengan perkembangan Multimedia Super Coridor (MSC) peserta kursus dalam bidang ini dijangka tidak akan mengalami kesulitan untuk mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan baik

 

PINJAMAN LATIHAN
Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).

 

KEMUDAHAN LATIHAN
Bagi menampung keperluan kursus, beberapa makmal yang menyediakan kemudahan-kemudahan peralatan dan ruang untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bidang tertentu disediakan. Antara kemudahan makmal yang disediakan adalah  makmal Programming, makmal Networking, makmal Project Management, makmal CAD Mekanikal, makmal CAD Electrical, Bilik Server dan lain-lain.