DIPLOMA TEKNOLOGI PENYELENGGARAAN KAPAL TERBANG

 

Tempoh Kursus: 3 tahun

Persijilan: Diploma Teknologi Perindustrian dan Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)

Kelayakan Masuk: Lulus SPM (minimum 4 kepujian termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Fizik/ Sains. Sekurang-kurangnya C+ dalam subjek sains sekiranya bukan aliran sains.)

 

Keterangan Kursus:

Kursus ini memberi penekanan kepada amalan standard penyelenggaraan pada kerangka pesawat udara, sistem avionik dan enjin serta memastikan kualiti aktiviti penyelenggaran pesawat mengikut piawaian. Para pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri penerbangan khususnya Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO) pesawat berdasarkan CAAM Part 66 Kategory A. Pelajar juga diberi subjek tambahan lain bagi persediaan untuk kelayakan Kategori B sebagai pembangunann kerjaya mereka.