DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN JAMINAN KUALITI

PERMOHONAN KEMASUKAN
PELAJAR TEMPATAN

 
PENGENALAN KURSUS:

Kursus ini memberikan penekanan berkaitan asas kerja kejuruteraan, aktiviti pemeriksaan kualiti dan jaminan kualiti input/output pembuatan supaya menepati spesifikasi serta piawaian yang ditetapkan, mempelajari kaedah pemeriksaan berketepatan tinggi, kaedah mengenalpasti kecacatan produk, kemahiran merancang dan mengambil tindakan susulan kepada masalah kualiti, kemahiran menulis laporan pemeriksaan dan bertindak terhadap maklumbalas serta aduan berkaitan dengan kualiti pembuatan serta pendedahan terhadap konsep dan teknik kualiti. Dalam kursus ini pelajar akan mempelajari subjek berkaitan Metrologi dan Kalibrasi, Pengujian Bahan, Asas Fabrikasi, Lukisan Kejuruteraan dan Cetakan Biru, Asas Proses Pembuatan, Prosedur dan Pengurusan Kualiti, Kajian Bahan, Sistem Kawalan Industri di samping subjek Penyeliaan dan Pengurusan.

KELAYAKAN MASUK:

i) Warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun.

ii) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf serta memenuhi syarat minimum berikut:

  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (SPM 2013 dan seterusnya)
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Kepujian Matematik/ Matematik Tambahan
  • Kepujian Sains/ Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik/ Kimia/ Teknikal /Vokasional
  • Mendapat satu kepujian dalam mana-mana mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris.

iii) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

   
KAEDAH LATIHAN
Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori.

 

 OBJEKTIF LATIHAN

  1. Melahirkan juruteknologi kejuruteraan yang berpengetahuan dan berkemahiran teknikal.
  2. Melahirkan juruteknologi kejuruteraan yang mempunyai etika kerja dan berdisiplin.
  3. Menyediakan kursus yang berkaitan dengan teknologi terkini.
  4. Membantu industri kecil dan sedehana kearah pembangunan lestari.

 

PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES (PEO)

Objektif program pembelajaran adalah untuk melahirkan Graduan Juruteknologi Kejuruteraan yang :

  1. Berpengetahuan dan berketerampilan teknikal serta berkebolehan menyelesaikan masalah dalam bidang teknologi kejuruteraan Jaminan Kualiti secara inovatif dan kreatif selaras dengan kehendak industri.
  2. Berkomunikasi secara berkesan dan menunjukkan kualiti kepimpinan yang baik di dalam sesebuah organisasi.
  3. Mampu menunjukkan kemahiran keusahawanan dan menyedari keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan kerjaya yang berjaya.

 

PROGRAMME LEARNING OUTCOME (PLO)

Di akhir program, graduan Diploma Teknologi kejuruteraan Jaminan Kualiti boleh:

PLO 1

memperoleh dan mengaplikasi pengetahuan sains dan asas kejuruteraan dalam bidang teknologi kejuruteraan Jaminan Kualiti.

     

PLO 2

mengaplikasi kemahiran teknikal menerusi pengendalian peralatan, perisian dan sumber berkaitan dalam bidang teknologi kejuruteraan Jaminan Kualiti.

     

PLO 3

mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah berkaitan teknologi kejuruteraan Jaminan Kualiti.

     

PLO 4

berkomunikasi secara berkesan dalam kumpulan dan menunjukkan kualiti kepimpinan yang baik.

     

PLO 5

melaksanakan tanggungjawab sosial dengan mengambil kira impak amalan kejuruteraan dan keperluan pembangunan lestari.

     

PLO 6

mempamer pemahaman tentang etika professional, tanggungjawab dan norma amalan teknologi kejuruteraan.

     

PLO 7

mengenalpasti keperluan semasa, menguruskan maklumat dan mempamerkan minat berterusan dalam pembelajaran sepanjang hayat.

     

PLO 8

menunjukkan kesedaran terhadap pengurusan, amalan perniagaan dan keusahawanan.

     


TEMPOH LATIHAN
3 tahun

PERSIJILAN
Diploma Teknologi Kejuruteraan dan Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)


PELUANG KERJAYA:
Peluang pekerjaan kebanyakannya terdapat di industri pembuatan dan perkhidmatan terutamanya sebagai Penolong Jurutera Jaminan Kualiti.


PINJAMAN LATIHAN
Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).