DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA

PERMOHONAN KEMASUKAN
PELAJAR TEMPATAN

 

PENGENALAN KURSUS:

Kursus Teknologi Kejuruteraan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara diwujudkan bertujuan untuk memberi latihan kemahiran diperingkat teknologi tinggi bagi pelajar lepasan SPM dan memberi laluan kepada mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang ini dimana-mana institut pengajian tinggi awam dan swasta. Selain menekankan aspek teori atau pengetahuan berkaitan, kursus ini juga memberi penekanan kepada kemahiran yang kukuh dalam bidang Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara seperti  pengujian dan penyelenggaraan sistem penyejukbekuan dan penyamanan udara, menganalisa dan merekabentuk susunatur sistem penyamanan udara, menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan sistem penyejukbekuan dan penyamanan udara, mengurus kerja‐kerja binaan berkaitan penyamananan udara disamping mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan.


KELAYAKAN MASUK:

i) Warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun.

ii) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf serta memenuhi syarat minimum berikut:

  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (SPM 2013 dan seterusnya)
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Kepujian Matematik/ Matematik Tambahan
  • Kepujian Sains/ Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik/ Kimia/ Teknikal /Vokasional
  • Mendapat satu kepujian dalam mana-mana mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris.

iii) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

 

KAEDAH LATIHAN
Latihan yang dikendalikan adalah berteraskan teknologi kejuruteraan yang merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori.

 

OBJEKTIF LATIHAN

  1. Melahirkan juruteknologi kejuruteraan yang berpengetahuan dan berkemahiran teknikal.
  2. Melahirkan juruteknologi kejuruteraan yang mempunyai etika kerja dan berdisiplin.
  3. Menyediakan kursus yang berkaitan dengan teknologi terkini.
  4. Membantu industri kecil dan sedehana kearah pembangunan lestari.

PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES (PEO)

Objektif program pembelajaran adalah untuk melahirkan Graduan Juruteknologi Kejuruteraan yang :

  1. Berpengetahuan dan berketerampilan teknikal serta berkebolehan menyelesaikan masalah dalam bidang teknologi kejuruteraan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara secara inovatif dan kreatif selaras dengan kehendak industri.
  2. Berkomunikasi secara berkesan dan menunjukkan kualiti kepimpinan yang baik di dalam sesebuah organisasi.
  3. Mampu menunjukkan kemahiran keusahawanan dan menyedari keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan kerjaya yang berjaya.

 

PROGRAMME LEARNING OUTCOME (PLO)

Di akhir program, graduan Diploma Teknologi kejuruteraan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara boleh:

PLO 1

memperoleh dan mengaplikasi pengetahuan sains dan asas kejuruteraan dalam bidang teknologi kejuruteraan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara.

     

PLO 2

mengaplikasi kemahiran teknikal menerusi pengendalian peralatan, perisian dan sumber berkaitan dalam bidang teknologi kejuruteraan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara.

     

PLO 3

mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah berkaitan teknologi kejuruteraan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara.

     

PLO 4

berkomunikasi secara berkesan dalam kumpulan dan menunjukkan kualiti kepimpinan yang baik.

     

PLO 5

melaksanakan tanggungjawab sosial dengan mengambil kira impak amalan kejuruteraan dan keperluan pembangunan lestari.

     

PLO 6

mempamer pemahaman tentang etika professional, tanggungjawab dan norma amalan teknologi kejuruteraan.

     

PLO 7

mengenalpasti keperluan semasa, menguruskan maklumat dan mempamerkan minat berterusan dalam pembelajaran sepanjang hayat.

     

PLO 8

menunjukkan kesedaran terhadap pengurusan, amalan perniagaan dan keusahawanan.

     


TEMPOH LATIHAN
3 tahun


PERSIJILAN
Diploma Teknologi Kejuteraan dan Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)

 

PELUANG KERJAYA:
Pembantu Jurutera Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara atau Penyelia Pemasangan dan Penyelenggaraan Sistem Ventilasi.


PINJAMAN LATIHAN
Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).