Print

DIPLOMA TEKNOLOGI PENGELUARAN AUTOMOTIF

 

Tempoh Kursus: 3 tahun

Persijilan: Diploma Teknologi Perindustrian dan Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)

Kelayakan Masuk: Lulus SPM (MESTI lulus Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik/Matematik Tambahan, serta lulus Satu (1) subjek lain.

 

Keterangan Kursus:

Kursus ini memberi penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam kerja-kerja pembuatan dan pemasangan kenderaan automotif. Para pelajar juga dilengkapkan dengan kemahiran pengurusan pengeluaran serta penyelenggaraan automasi di industri automotif serta aktiviti lain yang berkaitan standard dan prosedur yang ditetapkan.