Print

DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK KUASA

PERMOHONAN KEMASUKAN

PELAJAR TEMPATAN

 
elek1.jpg pic-32.jpg pic-39.jpg

PENGENALAN KURSUS:
Kursus Teknologi Kejuruteraan Elektrik Kuasa diwujudkan bertujuan untuk memberi latihan kemahiran diperingkat teknologi tinggi bagi pelajar lepasan SPM dan memberi laluan kepada mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang ini dimana-mana institut pengajian tinggi awam dan swasta. Selain menekankan aspek teori atau pengetahuan berkaitan, kursus ini juga memberi penekanan kepada kemahiran yang  dalam mereka bentuk dan membuat anggaran kos bagi kerja‐kerja elektrik, menggunakan peralatan ujian dan perlindungan pemasangan, peralatan industri, kendalian mesin dan sistem agihan bekalan, membuat pemasangan dan pemeriksaan bekalan elektrik, menyelenggara sistem pneumatik, hidraulik dan automasi, pengulang‐alik, kotak kawalan janakuasa dan kemahiran penyeliaan kerja‐kerja berkaitan elektrik disamping mematuhi prosedur dan peraturan keselamatan yang ditetapkan.


KELAYAKAN MASUK:

i) Warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun.

ii) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf serta memenuhi syarat minimum berikut:

iii) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

   
KAEDAH LATIHAN
Latihan yang dikendalikan adalah berteraskan teknologi kerujuteraan yang merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori.

 

OBJEKTIF LATIHAN

  1. Melahirkan juruteknologi kejuruteraan yang berpengetahuan dan berkemahiran teknikal.
  2. Melahirkan juruteknologi kejuruteraan yang mempunyai etika kerja dan berdisiplin.
  3. Menyediakan kursus yang berkaitan dengan teknologi terkini.
  4. Membantu industri kecil dan sedehana kearah pembangunan lestari.

PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES (PEO)

Objektif program pembelajaran adalah untuk melahirkan Graduan Juruteknologi Kejuruteraan yang :

  1. Berpengetahuan dan berketerampilan teknikal serta berkebolehan menyelesaikan masalah dalam bidang teknologi kejuruteraan Elektrik Kuasa secara inovatif dan kreatif selaras dengan kehendak industri.
  2. Berkomunikasi secara berkesan dan menunjukkan kualiti kepimpinan yang baik di dalam sesebuah organisasi.
  3. Mampu menunjukkan kemahiran keusahawanan dan menyedari keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan kerjaya yang berjaya.

 

PROGRAMME LEARNING OUTCOME (PLO)

Di akhir program, graduan Diploma Teknologi kejuruteraan Elektrik Kuasa boleh:

PLO 1

memperoleh dan mengaplikasi pengetahuan sains dan asas kejuruteraan dalam bidang teknologi kejuruteraan Elektrik Kuasa.

     

PLO 2

mengaplikasi kemahiran teknikal menerusi pengendalian peralatan, perisian dan sumber berkaitan dalam bidang teknologi kejuruteraan Elektrik Kuasa.

     

PLO 3

mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah berkaitan teknologi kejuruteraan Elektrik Kuasa.

     

PLO 4

berkomunikasi secara berkesan dalam kumpulan dan menunjukkan kualiti kepimpinan yang baik.

     

PLO 5

melaksanakan tanggungjawab sosial dengan mengambil kira impak amalan kejuruteraan dan keperluan pembangunan lestari.

     

PLO 6

mempamer pemahaman tentang etika professional, tanggungjawab dan norma amalan teknologi kejuruteraan.

     

PLO 7

mengenalpasti keperluan semasa, menguruskan maklumat dan mempamerkan minat berterusan dalam pembelajaran sepanjang hayat.

     

PLO 8

menunjukkan kesedaran terhadap pengurusan, amalan perniagaan dan keusahawanan.

     


TEMPOH LATIHAN
3 tahun 6 bulan


PERSIJILAN
Diploma Teknologi Kejuteraan dan Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)

 

PELUANG KERJAYA:
Pembantu Jurutera Elektrik, Penyelia Jentera Elektrik Voltan Tinggi dan Rendah atau Penyelia Penyelenggaraan Elektrik dan Bangunan.


PINJAMAN LATIHAN
Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).