Hakcipta Terpelihara ADTECSA ©2015. Penafian : Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam tidak bertanggungjawab bagi  apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan  mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Firefox , IE 11 dan Google Chrome  dengan resolusi paparan minima 1024 X 768 pixel.

Peta Laman|Dasar Privasi|Dasar Keselamatan|Notis Hakcipta|Soalan Lazim (FAQ)


Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam,No 5934-1, Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 32,

40460 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Koordinat GPS  : 3° 00’39.9”N   101°30’36.5”E

Tel : 03-5167 5888 | Faks : 03-5167 5887| e-mail: info.adtecsa@jtm.gov.my | Peta Lokasi 

 

11.07.2016 - Minggu Suai Kenal (MSK) Sesi 2/2016 di ADTEC Shah Alam.

 

Minggu Suai Kenal (MSK) pelajar baru Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam telah berjaya dilaksanakan pada 11 hingga 13 Julai 2016. Seramai 130 pelajar baru telah mendaftarkan diri untuk sesi ambilan Julai pada tahun ini.

MSK bagi pelajar baru telah diadakan sebaik sahaja selesai proses pendaftaran dan pendaftaran asrama. Tujuan diadakan MSK ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar memahami dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran dan pembelajaran di ADTEC Shah Alam. Dalam masa tersebut juga pelajar juga diberi maklumat penting berkenaan dengan program pengajian yang ditawarkan, halatuju dan kerjaya serta kemudahan yang disediakan sepanjang para pelajar berada di Program Minggu Suai Kenal.

Disamping itu juga pelajar dibimbing ke arah cara dan semangat hidup di kampus agar dapat mengenali satu sama lain dengan semangat setiakawan dan saling hormat menghormati sesama pelajar dan pensyarah serta staf ADTEC Shah Alam di dalam membentuk sahsiah dan keperibadian yang mulia.

Aktiviti berkumpulan atau lebih dikenali dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) juga telah diterapkan di dalam MSK ini dengan harapan agar pelajar dapat mengenali diri sendiri dan rakan seangkatan disamping memperkukuhkan kekuatan diri masing-masing. Persediaan dari segi mental dan fizikal perlulah seimbang untuk menjadikan seseorang pelajar lebih kreatif dan berinovatif di dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan yang dipanggil sebagai ‘Campus Life’.

Terima kasih kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Kelab Multimedia yang banyak membantu dalam menjayakan program ini.