Print

19.02.206 - Program Khidmat Komuniti 2016 di Felda Serting Hilir, Bahau, Negeri Sembilan.

 

ko-felda1.JPG ko-felda2.JPG ko-felda3.JPG

ko-felda4.JPG ko-felda5.JPG ko-felda6.JPG

ko-felda7.JPG ko-felda8.JPG

 

Pada 19 dan 20 Febuari 2016, seramai 30 pelajar berserta 20 pensyarah menyertai Program Khidmat Komuniti yang dianjurkan oleh Pusat Latihan Teknologi Tinggi ADTEC Shah Alam bertempat di  Felda Serting Hilir, Bahau, Negeri Sembilan

Program yang bertujuan membina dan merapatkan hubungan pelajar ADTEC Shah Alam bersama masyarakat luar itu turut mendapat kerjasama daripada Pihak pengurusan Felda Serting Hilir.

Selain diberikan pendedahan kepada pelajar tentang pentingnya kerjasama dan keprihatianan dalam pelbagai aspek kepada masyarakat, terutama kebersihan alam sekitar, pelbagai aktiviti turut dijalankan seperti melakukan penyelenggaraan kenderaan percuma kepada penduduk, penyelenggaraan peralatan elektrik dan mesin dan juga gotong royong di balai raya.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Kampung Felda Serting Hilir. Turut hadir, Pengarah ADTEC Shah Alam, En. Zuraka Bin Yusof,  Pensyarah ADTEC Shah Alam dan masyarakat setempat.